:
LAMBANG DAN LOGO

LAMBANG DAN LOGO

1. Reka Bentuk

Ianya berbentuk seperti bulat. Di sebelah kiri dan kanan terdapat dua bulan sabit di dalamnya mempunyai perkataan PTNJ, Bendera Johor, seorang wanita, Seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan dan tangan.

2. Keterangan Lambang/Logo

• Bulan Sabit Merah melambangkan sentiasa bertanggungjawab menyediakan latihan dan peluang tentang ilmu pendidikan awal kanak-kanak.
• Bulan Sabit Biru melambangkan perpaduan diantara pengusaha dan pengasuh di dalam insitusi TASKA
• Bendera Johor melambangkan Persatuan ini mewakili Negeri Johor didalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
• Perkataan PTNJ melambangkan singkatan nama “Persatuan Taska Negeri Johor”
• Simbol Wanita mempunyai hati di dada dan kanak-kanak lelaki dan perempuan bermaksud peranan Pengusaha dan pengasuh yang penyayang dalam usaha membentuk anak-anak yang dinamik dan bersahsiah tinggi.
• Tangan bermaksud insitusi TASKA di Malaysia memerlukan sokongan daripada masyarakat untuk mewujudkan insitusi kekeluargaan yang bahagia dan harmoni.
• Latar belakang warna putih melambangkan keikhlasan sumbangan ahi terhadap usaha Pendidikan Awal Kanak-kanak.